Bagaimanakah cara untuk saya mencipta fail GEDCOM?

GEDCOM ialah data standard yang membolehkan data sejarah keluarga daripada satu program komputer dimuat naik ke program komputer yang lain.

Anda tidak boleh memuat turun fail GEDCOM daripada Pohon Keluarga. Standard GEDCOM tidak menyediakan kaedah untuk menyimpan kenyataan alasan dan jenis maklumat lain yang penting dan unik kepada Pohon Keluarga.

Kebanyakan rakan kongsi FamilySearch mempunyai produk yang mencipta fail GEDCOM. Sesetengah daripada produk tersebut juga membenarkan anda memuat turun maklumat daripada Pohon Keluarga, membuat perubahan terhadap maklumat tersebut, dan kemudian menghantar kemas kini itu kembali ke Pohon Keluarga. Lihat Galeri Penyelesaian FamilySearch untuk maklumat tentang produk tersebut.

Jika anda sudah ada salah satu program tersebut, lihat kandungan bantuan atau tapak web vendor untuk mendapatkan arahan tentang cara untuk mencipta fail GEDCOM. Jika anda ada fail GEDCOM, anda boleh memuat naik salinan fail anda ke Fail Sumber Salasilah dalam FamilySearch.org. Memuat naik fail anda memberikan anda manfaat berikut:

  • FamilySearch mengekalkan fail anda. Anda mempunyai keupayaan untuk memadamkan atau menggantikan fail tersebut kemudian.
  • Pengguna lain dapat melihat maklumat dalam fail GEDCOM anda tetapi tidak boleh mengubahnya.
  • Anda boleh menyalin maklumat yang ada dalam fail GEDCOM anda ke dalam Pohon Keluarga.

Artikel berkaitan

Bagaimanakah cara untuk saya menyalin maklumat daripada fail GEDCOM saya ke dalam Pohon Keluarga?
Bagaimanakah cara untuk saya memuat naik fail GEDCOM saya?

Adakah ini membantu?