Melihat imej sumber dan panel sisi orang

Apabila anda mempunyai soalan tentang butiran yang anda lihat dalam Penghubung Sumber, cuba lihat imej sumber atau panel sisi orang itu untuk maklumat lebih lanjut.

new view source Top Image.png

Melihat imej sumber

Imej sumber ialah satu imej digital untuk sumber itu. Dalam banyak hal, ia mengandungi lebih banyak maklumat daripada apa yang anda lihat dalam Penghubung Sumber dan mungkin mengungkapkan kesilapan dalam transkripsi.

Untuk melihat imej sumber, lihat di penjuru kiri atas Penghubung Sumber, dan klik Lihat Imej.

new View Panel_2nd Image.png

Apakah perbezaan antara melihat rekod itu dan melihat imej itu?

Apabila anda klik Lihat Rekod, anda melihat ringkasan teratur bagi semua butiran yang di transkrip dari sumber.

Apabila anda klik Lihat Imej, anda melihat gambar digital sumber sebenar yang ditranskrip—dalam kata lain, anda melihat gambar sijil kelahiran, halaman banci, sijil kematian, atau dokumen bersejarah yang lain.

Melihat panel sisi orang

Panel bahagian orang muncul apabila anda klik nama dalam lajur kanan Penghubung Sumber. Panel ini memberi anda akses kepada kebanyakan maklumat yang terkandung dalam halaman (orang) nenek moyang di Family Tree.

  • Untuk melihat panel sisi, cari nama dalam lajur kanan Penghubung Sumber, dan klik padanya.
  • Atau klik Lihat _______ (nama orang itu), yang terdapat di atas Penghubung Sumber.
new View Panel_3rd Image.png

Adakah ini membantu?