Menggunakan seret dan letak untuk menyusun keluarga

drag and drop Top Image.png

Dalam kebanyakan kes, nama yang anda lihat tersenarai dalam lajur kiri Penghubung Sumber mewakili ahli-ahli keluarga yang sama. Jika nama-nama itu tidak disusun dengan betul, anda boleh menggunakan fungsi seret-letak tetikus anda untuk menyusunnya. Ini termasuk nama saudara-mara yang mungkin tersilap masuk ke bahagian “Yang Lain” di bahagian bawah lajur kiri.

Jika nama boleh digerakkan, ikon seret-letak akan muncul apabila anda halakan tetikus pada nama itu.

Untuk menggerakkan atau “seret” nama:

  1. Halakan tetikus ke atas nama, dan kliknya.
  2. Seret nama ke lokasi yang sesuai dalam lajur kiri.
  3. Nyahklik tetikus untuk jatuhkan nama.

Jika tiada nama yang sepadan

Jika tidak ada nama yang sepadan tetapi anda yakin bahawa nama dalam lajur kiri adalah seorang ahli keluarga:

  1. Klik pada nama itu, dan tahan butang tetikus ke bawah. Seret nama ke tempat yang bersesuaian dalam lajur kiri Penghubung Sumber, dan kemudian nyahklik tetikus.
  2. Untuk menambah orang itu ke Family Tree, klik Tambah.
Drag and Drop_2nd Image.png

Adakah ini membantu?