Mengapakah pelihat hubungan menunjukkan “Tiada Hubungan Didapati”?

Kadangkala pengguna cuba melihat hubungan, pelihat hubungan menunjukkan, “Tiada Hubungan” atau “Tiada Hubungan Didapati.” Berikut adalah beberapa sebab ini berlaku dan potensi untuk memperbaikinya:

Kebenaran mesti didayakan

Apabila pengguna bersambung melalui pemesejan, mereka boleh melihat hubungan antara satu sama lain. Untuk melihat hubungan itu, kedua-dua pengguna perlu membolehkan papapran hubungan. Pergi ke Tetapan anda dan pasangkan Aktifkan Paparan Hubungan. Ini akan membenarkan anda dan orang lain untuk lihat hubungan mereka kepada anda termasuk nenek moyang berkongsi. Kebenaran ini tidak mempengaruhi paparan hubungan di antara anda dengan orang di salasilah anda.

Salasilah anda memerlukan lebih data lagi

Jika anda belum menambah keluarga anda ke dalam salasilah, kami tidak akan dapat mencari saudara-mara. Anda perlu mulakan supaya Family Tree mempunyai maklumat tentang anda untuk dicari.

Jika anda mempunyai salasilah yang dimulakan, anda mungkin perlu menambah beberapa generasi lagi supaya kami boleh cari hubungan anda kepada orang lain. Cuba ambil salah satu daripada garis keluarga anda (nenek moyang daripada salah seorang ibu bapa anda) sepanjang beberapa generasi lagi. Ini akan membuka lebih banyak kemungkinan hubungan keluarga dengan pengguna lain.

Tidak cukup salasilah

Mungkin salasilah yang dibuat dari kawasan anda di dunia tidak mencukupi. Ini akan membuat Family Tree sukar untuk mencari hubungan. Anda boleh membantu dengan menggalakkan orang lain dengan latar belakang yang serupa untuk mengisi maklumat dalam Family Tree sambil anda terus bekerja dengan salasilah anda sendiri.

Nenek moyang anda yang berkaitan tidak berada dalam 15 generasi

Pelihat hubungan mencari sehingga 15 generasi nenek moyang dan sehingga 15 generasi keturunan mereka. Anda mungkin mempunyai nenek moyang berkaitan selepas 15 generasi.

Artikel berkaitan

Bagaimanakah cara untuk saya melihat hubungan saya dengan seseorang dalam Family Tree?
Melihat Hubungan: Bagaimanakah cara untuk saya menghidupkan atau mematikan pilihan bagi melihat hubungan saya dengan pengguna lain?
Bagaimanakah saya melihat hubungan saya dengan seseorang dalam Memories?

Adakah ini membantu?